Monday, February 7, 2011

Biodata Ustaz Haji Masjuri Bin Haji Ansari

TAJUK:
Tokoh agama Islam di kawasan anda


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Afiq Bin Abdullah
No Matrik : 2010419378
Kumpulan: BMB2AC


PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
BM223

TARIKH HANTAR:
1 MAC 2011

ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Biodata
Pendidikan
Pengalaman kerja
Latar belakang Ambang Tahfiz Saidina Husin
Kenangan pahit
Kenangan manis
Program yang dijalankan
Cabaran yang dihadapi
Buku yang diterbitkan
Harapan Ustaz Masjuri
Pesanan Ustaz Masjuri
Kesimpulan
Rujukan


Pendahuluan

Masjid merupakan tempat beribadah dan dakwah umat Islam. Masjid juga merupakan tempat bagi menyatukan dan tempat berkumpul bagi jemaah. Masjid memerlukan imam bagi mengetuai solat dan juga majlis-majlis ilmu. Seseorang imam itu juga mestilah memenuhi syarat-syarat seorang imam seperti mana yang dituntut oleh Islam. Hal ini adalah penting agar imam tersebut boleh membimbing jemaahnya. Di Masjid Fatimah Az-Zahra’, Taman Kosas mempunyai seorang imam yang bernama Ustaz Masjuri.

Biodata

Nama penuh Ustaz Masjuri ialah Haji Masjuri Bin Haji Ansari. Ustaz Masjuri telah dilahirkan pada 24 haribulan 11 tahun 1996. Beliau telah dilahirkan di Singapura. Setelah dilahirkan di Singapura, beliau turut membesar di Singapura bersama keluarganya. Hasil perkahwinan antara ayah Ustaz Masjuri iaitu Haji Ansari Bin Ibrahim bersama Hajah Saniah Binti Basuni, mereka telah dikurniakan 10 orang cahaya mata. Dalam 10 orang adik-beradik, Ustaz Masjuri merupakan anak yang ke 7. Ustaz Masjuri telah pun berkahwin dan telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. Pada usia beliau ketika ini iaitu 51 tahun, 2 orang anaknya telah pun mendirikan rumahtangga dan beliau mempunyai seorang cucu. Beliau kini menetap di Taman Kosas, Ampang. Beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur dari Singapura selama 26 tahun. Menurut kata beliau lagi, beliau juga merupakan satu-satunya imam masjid di Selangor yang berasal dari Singapura.

Pendidikan

Islam amat menitikberatkan pendidikan dalam diri setiap umatnya. Hal ini adalah kerana ilmu dapat menolong kita dalam menjalani kehidupan seharian. Ustaz Masjuri turut menitikberatkan tentang ilmu. Ustaz Masjuri mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Inggeris di Singapura iaitu di Swihss Cotthe Primary School. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah beliau terus menyambung pengajian beliau di peringkat menengah di salah sebuah sekolah inggeris juga iaitu di Swihss Cotthe Secondary School yang turut terletak di dalam Negara Singapura. Tidak cukup dengan ilmu yang ada, Ustaz Masjuri terus mencari ilmu bagi menambahkan lagi pengetahuan beliau. Pada usia yang masih muda iaitu pada umur 19 tahun, Ustaz Masjuri pergi ke Jawa Timur untuk mendalami ilmu agama Islam. Di Jawa Timur beliau belajar di Pesantren Jawa Timur. Pesantren ini lebih kurang seperti pengajian sekolah pondok jika di Malaysia. Beliau telah mengambil pengajian kitab di pesantren tersebut. Ustaz Masjuri ketika itu mendalami ilmu syariah dan Fekah melalui kitab-kitab yang disediakan oleh gurunya. Ketika di pesantren Ustaz Masjuri telah burguru dengan Al Marhum Al Habib Muhammad Bin Salim Al Aqtas dari Hadral Maut, Yaman. Ustaz Masjuri terus mencari ilmu dan mengambil bidang bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) pada tahun 1997. Selain dari ilmu agama, Ustaz Masjuri juga pernah mengambil pengajian di peringkat diploma di Singapura. Beliau mengambil Diploma in Printing di Baharuddin Institute Singapura. Beliau lebih cenderung ke dalam bidang agama. Beliau mendapat dorongan dan galakan yang amat baik dari ibu bapa untuk meneruskan pengajian dalam bidang Islam. Selain ibubapa, guru-guru beliau turut memberikan dorongan kepada beliau agar meneruskan pengajian dalam bidang agama. Hal ini memberikan beliau lebih banyak semangat agar terus mendalami ilmu agama. Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan turut memberi galakan kepada beliau agar terus mencari ilmu agama. Beliau juga selalu mengingatkan dirinya agar sentiasa mencari ilmu agar ilmu tersebut dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh diri.

Pengalaman kerja

Hasil pendidikan yang beliau perolehi sepanjang masa mudanya, Ustaz Masjuri pernah menjadi guru agama di beberapa buah sekolah. Selain itu, beliau pernah mendapat beberapa pekerjaan sebelum menjadi tenaga pengajar di sekolah seperti di sektor kerajaan. Beliau merupakan tenaga pengajar di beberapa buah sekolah agama. Pada masa kini beliau merupakan Mudir atau guru besar di Ambang Tahfiz Saidina Husin. Selain menjadi mudir, beliau turut mengajar para pelajarnya. Ambang Tahfiz Saidina Husin ini telah diasaskan sendiri oleh Ustaz Masjuri. Lebih manis lagi apabila Ambang Tahfiz Saidina Husin telah dirasmikan oleh Al-Marhum Datuk Ishak Baharom iaitu bekas Mufti Selangor. Terdapat 4 orang guru lain yang turut mengajar di Ambang Tahfiz yang mana masing-masing mengajar subjek yang berbeza seperti tafsir Al-Quran, Tajwid, Fekah Tauhid dan Hadis. Selain menjadi guru dan mudir di Ambang Tahfiz Saidina Husin, Ustaz Masjuri juga merupakan imam utama di Masjid Fatimah Az-Zahra’. Di samping itu beliau juga turut dilantik sebagai pengerusi Masjid Fatimah Az-Zahra’ selama 4 tahun. Setelah tamat 2 penggal menjadi pengerusi Masjid Fatimah Az-Zahra beliau berhenti daripada menjadi pengerusi masjid. Namun begitu, beliau dipanggil semula untuk menjadi Timbalan Pengerusi Masjid Fatimah Az-Zahra.

Latar belakang Ambang Tahfiz Saidina Husin

Ambang Tahfiz Saidina Husin yang diasaskan oleh Ustaz Masjuri telahpun mempunyai lebih kurang 60 ke 70 orang pelajar. Ianya telah dibina pada tahun 1991. Ustaz Masjuri menetapkan bahawa akan mengambil hanya 20 orang pelajar sahaja pada sekali ambilan. Ambilan pelajar hanya akan dilakukan setiap 3 tahun sekali. Ustaz Masjuri hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 130 setiap bulan kepada setiap para pelajar bagi memenuhi keperluan, kelengkapan bahan pembelajaran semua pelajar dan gaji untuk guru-guru. Bayaran yang dikenakan oleh Ustaz Masjuri turut digunakan untuk makan, minum, utiliti dan tempat tinggal para pelajarnya. Hasil didikan Ustaz Masjuri di Ambang Tahfiz Saidina Husin, beliau telah berjaya melahirkan sebanyak 10 orang Hafiz yang mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran dan ramai pelajar yang mampu menghafal 10 juzuk ke atas. Terdapat juga anak-anak murid Ustaz Masjuri yang kini menjadi guru Tahfiz di tempat lain seperti di Pulau Pinang. Namun begitu, Ambang Tahfiz ini telahpun menjadi kelas pengajian Al-Quran biasa kerana masalah peningkatan kos yang agak tinggi.

Pengalaman pahit

Ustaz Masjuri mula menjadi imam di Masjid Fatimah Az-Zahra pada tahun 1999. Ketika itu beliau masih lagi menjadi guru dan mudir di Ambang Tahfiz Saidina Husin. Beliau menjadi imam dan guru dalam masa yang sama. Sesorang manusia tidakakan pernah lari dari pengalaman pahit. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sering difitnah dan dicemuh oleh orang kafir dan masyarakat inikan pula manusia biasa. Sepanjang Ustaz Masjuri menjadi imam di Masjid Fatimah Az-Zahra beliau pernah mengalami beberapa pengalaman pahit. Antara pengalaman pahit yang pernah beliau alami ialah beliau pernah difitnah oleh sesetengah pihak. Beliau telah difitnah melakukan perkara yang tidak elok ketika sedang membantu makmum dan jemaah. Sebagai contoh apabila jemaah meminta tolongnya untuk memberi pendapat dan nasihat beliau, beliau dituduh dengan kata-kata yang negatif. Beliau hanya ingin menceritakan itu sahaja pengalaman pahitnya sepanjang menjadi imam. Hal ini kerana beliau tidak mahu membuka aib dan kejahatan orang lain. Ini adalah tepat dengan sikap beliau sebagai seorang imam yang beriman dan bertaqwa. Beliau tidak suka menceritakan keburukan orang lain. Sepanjang beliau menjadi imam di Masjid Fatimah Az-Zahra beliau langsung tidak mempunyai kes yang negatif yang boleh mengakibatkan namanya tercalar. Beliau sentiasa menjadi imam yang disukai oleh para jemaah masjid. Hal ini terbukti kerana beliau merupakan seorang imam yang sentiasa murah dengan senyuman apabila berjumpa dengan makmum dan masyarakat sekeliling.

Pengalaman manis

Disebalik pengalaman pahit yang pernah Ustaz Masjuri pernah alami, terdapat pelbagai pengalaman manis yang beliau alami sepanjang beliau menjadi imam di Masjid Fatimah Az-Zahra’. Pengalaman manis beliau sebagai seorang imam masjid mampu membantu beliau untuk berkhidmat sebagai seorang imam dengan lebih baik lagi. Hal ini kerana tugas seorang imam bukannya mudah seperti mana apa yang masyarakat fikirkan. Hal ini kerana tugas seorang imam melebihi dari sekadar mengetuai solat malah lebih luas daripada itu kerana imam mesti membimbing masyarakat di sekelilingnya dan menyampaikan dakwah kepada manusia. Antara pengalaman manis yang pernah dilalui oleh Ustaz Masjuri ialah apabila beliau pernah dianugerahkan pengiktirafan imam paling lama di Masjid Fatimah Az-Zahra.Beliau juga turut gembira apabila dapat berjumpa dengan pelbagai orang yang datang berjumpa dengan beliau. Di samping itu beliau turut diraikan oleh para jemaah yang menghargai beliau. Selain itu, kengangan manis yang turut diingati ialah apabila Masjid Fatimah Az-Zahra dirasmikan oleh Al-Marhum Datuk Ustaz Ishak Baharom yang mana beliau begitu gembira apabila dapat bersama-sama orang alim ketika majlis perasmian itu diadakan. Antara kenangan manis yang paling diingati oleh Ustaz Masjuri sepanjang menjadi imam di Masjid Fatimah Az-Zahra ialah apabila gurunya yang di jemput oleh beliau dari Singapura datang ke Masjid Fatimah Az-Zahra untuk memberikan tazkirah di masjid ini. Beliau amat gembira dengan kehadiran gurunya yang sudi datang ke Masjid Fatimah Az-Zahra. Guru beliau yang juga anak kepada Al Marhum Al Habib Muhammad Bin Salim Al Aqtas iaitu Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas. Baru-baru ini guru beliau telah mendapat anugerah Datuk dari Sultan Kelantan. Guru beliau juga turut datang menghadiri Perhimpunan Para Ilmuan Islam Nusantara di Perak baru-baru ini. Perhimpunan Para Ilmuan Islam Nusantara ini juga turut mendapat liputan daripada pihak media dan ianya disiarkan di media cetak seperti akhbar Berita Harian.

Program yang dijalankan di Masjid Fatimah AZ-Zahra

Tidak lengkap sesebuah masjid jika tiada program sampingan yang dapat menarik lebih ramai makmum untuk datang bagi menghidupkan lagi rumah Allah ini. Program-program seperti ini amatlah penting terutama sekali bagi mengajak golongan belia dan remaja untuk lebih mendekati masjid. Ustaz Masjuri juga turut menjadi antara tunjang utama masjid ini dalam menjalankan dan menjayakan program-program tersebut. Hal ini kerana pengetahuan beliau dalam ilmu agama dapat digunakan untuk membantu para jemaah. Kursus yang dibuat adalah bagi semua lapisan masyarakat. Ada program bagi kanak-kanak, remaja, dan untuk yang dewasa. Antara kursus atau program yang dijalankan untuk kanak-kanak ialah kursus kesempurnaan solat yang dilakukan pada cuti sekolah baru-baru ini. Bagi golongan remaja pula ade program seperti anak soleh, kem remaja Islam dan kem ibadah. Bagi untuk golongan dewasa pula ade disediakan kursus seperti kursus haji, kursus pengurusan jenazah, kursus imam dan kursus yang berkaitan dengan ibadah. Mengikut kata Ustaz Masjuri, pihak masjid turut mengadakan program harian, mingguan dan bulanan. Program harian yang dijalankan di Masjid Fatimah Az-Zahra ialah kuliah Maghrib yang dijalankan setiap kali selepas solat fardu Maghrib. Terdapat AJK masjid yang akan bertindak bagi menguruskan kuliah-kuliah ini seperti jadual kuliah dan ustaz jemputan. Program mingguan pula ialah seperti kuliah Subuh yang dijalankan pada setiap pagi Sabtu dan Ahad. Bagi program bulanan pula akan dijalankan Qiamullai, ianya akan menjadi lebih kerap apabila tibanya Bulan Ramadhan. Ustaz Masjuri dan AJK Masjid turut mengadakan aktiviti gotong-royong di Masjid Fatimah Az-Zahra bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama jemaah masjid. Aktiviti gotong royong biasanya akan di jalankan ketika bulan Ramadhan hampir tiba dan semasa aktiviti korban lembu ketika Hari Raya Aidiladha. Beliau berharap dengan adanya program-program ini mampu menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan bagi semua umat Islam. Pihak AJK Masjid sentiasa bermesyuarat bagi mendapatkan semuanya menjadi dengan lebih baik dan berkesan. Ustaz Masjuri juga turut menjalankan aktiviti dakwah kepada penduduk sekitar dan beliau turut di bantu oleh beberapa orang ahli masjid dan jemaah. Ustaz Masjuri dan Ajk masjid juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan para tabliq. Terdapat ramai tabliq yang datang dari pelbagai negara tinggal di Masjid Fatimah Az-Zahra kerana ingin berdakwah. Perkara ini juga terkandung dalam program yang akan dijalankan di masjid ini.

Cabaran yang dilalui

Setiap manusia tidak akan pernah lari daripada cabaran dalam hidup. Setiap cabaran akan menjadikan manusia lebih baik. Ustaz Masjuri juga turut menghadapi cabaran dalam menjadi imam. Menurut kata beliau lagi, cabaran yang beliau hadapi ialah untuk membawa diri. Hal ini adalah kerana imam ini boleh menjadi pemimpin dan idola kepada masyarakat sekitar. Beliau juga menghadapi cabaran dalam menjaga akhlak diri, isteri anak-anak dan keluarganya. Ini adalah kerana imam ini menjadi model dan tauladan kepada para makmum. Beliau tidak mahu jika beliau sahaja yang mempunyai akhlak yang mulia, tetapi beliau mahu seluruh keluarganya memiliki akhlak yang mulia. Ustaz Masjuri juga menekankan bahawa imam yang baik mestilah seorang yang ikhlas dalam membuat kerja dan ketika menjadi imam ketika sembahyang. Selain itu, cabaran menjadi imam ialah imam itu mestilah seorang yang mesra kepada semua jemaah tanpa mengira pangkat, umur, dan status jemaah. Imam tersebut mestilah meraikan semua jemaah dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Buku yang pernah dibuat

Ustaz Masjuri juga ada membuat buku. Namun begitu buku yang dihasilkan oleh beliau bukanlah buku-buku yang dipasarkan untuk pasaran buku. Buku yang dihasilkan oleh beliau adalah untuk program-program masjid dan dihasilkan dalam skala yang kecil. Ianya adalah untuk peserta-peserta yang mengikuti program yang di jalankan di masjid. Antara contoh buku yang sempat belia tunjukkan kepada saya ialah buku kursus tahlil dan buku Kursus kesempurnaan solat antara imam dan makmum. Buku yang dihasilkan oleh beliau turut diberikan kepada anak-anak murid tahfiz di sekolahnya untuk dijadikan rujukan.

Harapan
Harapan Ustaz Masjuri terhadap dirinya adalah untuk menjadi contoh kepada dirinya dan juga menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kapada Allah S.W.T. Hal ini kerana imam perlulah seseorang yang bertaqwa kepada dirinya barulah dia boleh mengajak orang lain. Ustaz Masjuri juga berkata ajakan kepada agama yang pertama adalah kepada diri sendiri, kemudian ahli keluarga dan seterusnya ialah masyarakat sekeliling. Disamping itu beliau juga berkata seseorang imam itu hendaklah menjadi imam yang amanah dan disukai oleh makmum.

Pesanan

Pesanan Ustaz Masjuri kepada para pelajar dan juga kepada anak beliau sendiri ialah yang penting bukanlah mencari segulung ijazah tetapi yang penting adalah mencari ilmu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana hatta dalam ibadah pun kita dituntut agar mempunyai ilmu dan ilmu itu yang dapat membimbing kita. . Beliau juga berharap agar pesanan beliau agar datang ke universiti bukan kerana ijazah tetapi ilmu dapat dikongsikan kepada para pelajar. Hal ini adalah kerana akhir-akhir ini beliau perhatikan majoriti pelajar lebih kepada mencari ijazah bukan ilmu. Beliau juga memetik pesan Saidina Ali iaitu carilah ilmu kerna ilmu itu akan mendorong kamu. Beliau juga berkata terdapat pelajar yang mencari ijazah adalah untuk duniawi bukan kerana ilmu. Hal ini menyebabkan ramai graduan universiti pada masa kini sukar untuk mendapat kerja kerana datang ke universiti kerana mencari ijazah bukannya ilmu.

Kesimpulan

Kesimpulannya Ustaz Masjuri merupakan seorang imam yang sentiasa menitikberatkan ilmu dalam setiap apa yang beliau ingin lakukan. Hal ini tepat dengan seruan Islam yang menginginkan umatnya supaya menjadi manusia yang berilmu. Seruan ini juga terdapat dalam laungan azan yang menyebut ‘marilah menuju kejayaan’. Di samping itu tugas imam amatlah penting sehingga menuntut akhlak dan iman yang tinggi bagi membimbing masyarakat dan jemaah.

Rujukan

Ustaz Masjuri, Imam Masjid Fatimah Az-Zahra
Buku kesempurnaan solat antara imam dan makmum, di terbitkan oleh Ustaz Masjuri



gambar Ustaz Masjuri


gambar Ustaz Masjuri

gambar ajk Masjid Fatimah Az-Zahra


Buku yang dibuat oleh Ustaz Masjuri

Gambar Masjid Fatimah AZ-Zahra pada waktu Subuh


Gambar Masjid Fatimah AZ-Zahra